Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kiosk Sentuhan MADANI yang pertama, iaitu inisiatif terbaharu untuk memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan. Foto media sosial

Kiosk Sentuhan MADANI pertama dilancar esok

ByBernama

PUTRAJAYA, 8 Jan: Kiosk Sentuhan MADANI yang pertama, iaitu inisiatif terbaharu untuk memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan, akan dilancarkan di pusat beli-belah Alamanda, di sini esok.

Ketua Pengarah Unit Pantau MADANI Pejabat Perdana Menteri Mohd Khalid Mohamed Latiff berkata kios berkenaan menghimpunkan lebih 90 perkhidmatan kerajaan yang disediakan melalui enam kios agensi dan syarikat berlainan.

Beliau berkata ia melibatkan kios Jabatan Pengangkutan Jalan, Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan MyDigital ID.

“Idea di sebalik inisiatif ini adalah untuk mengumpulkan kios agensi kerajaan dan syarikat swasta di satu tempat yang memudahkan akses kepada rakyat.

“Penyediaan kios ini merupakan satu inisiatif di bawah Belanjawan 2025 yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu ia dilaksanakan secara cepat dan berkesan,” katanya kepada pemberita ketika meninjau persiapan Kiosk Sentuhan MADANI di sini hari ini.

Perdana Menteri dijadual melancarkan dan meninjau penyediaan perkhidmatan di kios berkenaan pada 3 petang esok.

Anwar sebelum ini berkata Ikhtiar Kiosk Sentuhan MADANI dilaksanakan dengan menghimpun pelbagai kios perkhidmatan kerajaan di kawasan 38 tumpuan seperti di pusat beli-belah supaya rakyat boleh berurusan dengan kerajaan di luar waktu pejabat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan