Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Indonesia merancang untuk menghantar 25 doktor ke China dan dua doktor ke Jepun bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam merawat penyakit kardiovaskular, yang menjadi penyebab utama kematian di negara ini. Foto Envato

Indonesia hantar 27 doktor untuk latihan kardiologi di luar negara

ByBernama

JAKARTA, 8 Jan: Kerajaan Indonesia merancang untuk menghantar 25 doktor ke China dan dua doktor ke Jepun bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam merawat penyakit kardiovaskular, yang menjadi penyebab utama kematian di negara ini, lapor Xinhua.

Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin pada Isnin berkata penyakit kardiovaskular menyebabkan kira-kira 500,000 kematian setiap tahun di Indonesia. Satu daripada punca kadar kematian yang tinggi adalah kekurangan pakar jantung yang terlatih dalam kardiologi intervensi.

“Di Indonesia, hanya terdapat 30 hingga 50 tempat latihan tersedia setiap tahun. Oleh itu, kami menghantar doktor ke luar negara,” kata Budi.

Beliau menegaskan bahawa inisiatif ini adalah langkah penting untuk mengurangkan jumlah kematian akibat penyakit berkenaan.

“Penyakit kardiovaskular merupakan penyebab utama kematian. Kami perlu segera menyediakan perkhidmatan untuk menyelamatkan ratusan ribu pesakit,” katanya.

Budi juga menekankan kepentingan “tempoh emas” dalam rawatan penyakit kardiovaskular.

Istilah ini merujuk kepada tempoh kritikal yang mana intervensi perubatan perlu dilakukan bagi memastikan rawatan optimum dan mencegah komplikasi. Untuk serangan jantung, tempoh emas ini adalah dua jam selepas gejala bermula, manakala bagi strok, ia adalah satu jam.

Beliau turut menyatakan bahawa kekurangan bilangan doktor serta agihan kemudahan perubatan yang tidak sekata di seluruh negara boleh menyukarkan rawatan kecemasan untuk pesakit kardiovaskular.

Program penghantaran doktor ke China dan Jepun ini adalah sebahagian daripada inisiatif fellowship yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Indonesia dan Lembaga Pengelola Dana Pendidikan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan