Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasil lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ke Malaysia yang berakhir semalam, memperkukuh hubungan dua hala dan memberi lonjakan untuk pertumbuhan ekonomi. Foto Fahmi Fadzil (FB)

Hasil lawatan PM Singapura ke Malaysia perkukuh hubungan dua hala – Fahmi

ByBernama

PUTRAJAYA, 8 Jan: Hasil lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ke Malaysia yang berakhir semalam, memperkukuh hubungan dua hala dan memberi lonjakan untuk pertumbuhan ekonomi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara itu termasuk sejumlah kerjasama dimeterai antara Malaysia dan Singapura semalam, yang dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Hubungan erat antara Malaysia dan Singapura akan bertambah baik dan beberapa perkara selain daripada apa yang telah diumumkan, akan terus dibincang untuk dicari penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua negara,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Fahmi berkata hasil lawatan kerja itu memberi lonjakan dari segi pandangan umum tentang hubungan akrab Malaysia dan Singapura, termasuk potensi untuk pertumbuhan ekonomi melalui Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Selain itu, Fahmi berkata turut dibincangkan hari ini ialah perasmian kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) yang telah diadakan dengan jayanya.

“Kita juga berharap bahawa rakan-rakan media akan dapat mainkan peranan untuk menguar-uarkan usaha kerajaan untuk mempromosikan Malaysia,” katanya.

Malaysia menyasarkan untuk menarik 35.6 juta pengunjung dan menjana pendapatan RM147.1 bilion untuk TMM2026.

Kempen itu telah dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Jan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan