Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DBKL merobohkan struktur tambahan haram di sembilan premis yang dibina di rezab jalan awam di Bukit Bintang menerusi satu operasi bersepadu semalam. Foto, DBKL.

DBKL roboh struktur tambahan haram sembilan premis di Bukit Bintang

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan struktur tambahan haram di sembilan premis yang dibina di rezab jalan awam di Bukit Bintang menerusi satu operasi bersepadu semalam.

Menurut DBKL, kesemua unit premis yang membina struktur tambahan hingga menutup longkang dan laluan awam telah dirobohkan, manakala dua buah premis lagi telah membuka struktur tambahan itu dengan sendirinya.

“Selain itu, sebanyak tujuh kes sitaan serta-merta telah dilaksanakan atas kesalahan meletakkan barangan di tempat awam di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Kesemua sisa struktur yang dirobohkan telah dilupuskan oleh DBKL selepas tamat operasi yang dijalankan manakala kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita telah dibawa ke setor sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” kata DBKL menerusi kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menambah, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti bagi memastikan tidak berlakunya pelanggaran undang-undang.

Antara agensi yang turut terlibat dalam operasi tersebut adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Bekalan Air Selangor dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Pembersihan Awam serta Alam Flora. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan