Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azizul Annuar Adenan menyampaikan sijil kepada kanak-kanak pada Majlis Hari Apresiasi Kanak-Kanak TABIKA KEMAS Sesi 2024/2025. Foto TVS

605 kanak-kanak Parlimen Santubong diraikan dalam majlis apresiasi

ByRegina Lee

KUCHING, 8 Jan: Seramai 605 kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam Parlimen Santubong diraikan sempena Majlis Hari Apresiasi Kanak-Kanak TABIKA KEMAS Sesi 2024/2025 hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, pendidikan awal bukan sekadar persediaan untuk sekolah rendah, tetapi juga langkah awal dalam membentuk individu yang yakin diri, kreatif dan memiliki kemahiran sosial yang baik.

Jelas beliau, sokongan guru dan ibu bapa, kunci kejayaan peranan guru sebagai pendidik dan ibu bapa sebagai pendukung utama di rumah adalah faktor penting dalam membentuk kanak-kanak menjadi pemimpin masa depan.

Sebahagian kanak-kanak TABIKA DUN Demak Laut dan Tanjung Datu merakamkan gambar kenangan bersama hari ini. Foto TVS

“Tahniah kepada semua atas sokongan dan dorongan yang diberikan di dalam usaha memberikan pendidikan dan pengalaman yang terbaik buat generasi pelapis negara, siapa tahu bakat-bakat yang dicungkil daripada awal melalui inisiatif yang diambil oleh KEMAS dalam memberikan keyakinan dan rasa percaya diri dapat menjadi titik tolak lahirnya seorang pemimpin yang berjaya suatu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Apresiasi Kanak-Kanak TABIKA KEMAS Sesi 2024/2025 mewakili ADUN Demak Laut, Datuk Dr Hazland Abang Hipni di Penview Convention Centre (PCC) Demak di sini, hari ini.

Sehubungan itu, mengambil kira betapa pentingnya pendidikan awal kanak-kanak, Azizul memaklumkan kerajaan negeri juga tidak ketinggalan dalam memberikan sokongan kepada semua institusi tanpa mengira status pentadbiran.

“Setiap tahun, kerajaan negeri memperuntukkan RM5,000 kepada semua institusi pendidikan awal, termasuk Tadika dan Taska di bawah KEMAS.

“Dana ini digunakan untuk pelbagai komponen penting seperti pembelajaran pantas, pendigitalan dan program makanan sihat serta majlis ataupun program yang melibatkan ibu bapa,” katanya lagi.

Tambah beliau, peruntukan ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membina modal insan cemerlang untuk masa depan negara.

Majlis penyampaian sijil anugerah kanak-kanak tersebut melibatkan 66 kelas TABIKA KEMAS yang beroperasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu, Pantai Damai dan Demak Laut, menyaksikan 300 murid diraikan pada sesi pagi dan 305 lagi diraikan pada sesi petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan