Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Wira Roslan Tan Sri Abdul Rahman (kanan) pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Buku Panduan Intimate & Ultimate Gastronomi Kuching hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Zon pelaburan pelancongan khas di Sarawak diwartakan tahun ini

ByAsmah Adenan

KUCHING, 7 Jan: Satu kawasan baharu di Sarawak bakal diwartakan menjadi zon pelaburan pelancongan khas tahun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Wira Roslan Tan Sri Abdul Rahman berkata kawasan tersebut telah dikenal pasti dan akan diwartakan pada tahun ini.

“Dari segi perinciannya kita tidak boleh dedahkan lagi tetapi kita ada perancangan satu persatu untuk menjadikan kawasan ini sebagai kawasan pelaburan bagi pelancongan.

“Kita harap dengan adanya pewartaan seperti ini akan ramai lagi pelabur datang ke Sarawak untuk membuat pelaburan.

“Selain itu, dengan adanya juga lapangan terbang antarabangsa baharu kelak akan memberikan pendedahan yang lebih lagi kepada Sarawak dan seterusnya kepada rakyat Sarawak dan juga Malaysia untuk mengembangkan lagi potensi pelancongan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Buku Panduan Kuching Gastronomi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, Sarawak mempunyai banyak keistimewaan dan keindahan dari segi gunung-ganang, hutan, tasik, sungai, laut dan berbagai aspek.

Sementara itu, bagi perancangan Tahun Melawat Malaysia 2026 katanya, kementerian itu mempunyai 101 mesyuarat di antara 15 kementerian di bawah tonggak susur budaya.

“Di Sarawak sahaja, MOTAC akan mengadakan enam mesyuarat di bawah susur budaya,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan