Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aksi pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao ketika menentang pemain China, Lu Guang Zu pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama

Terbuka Malaysia: Masih permainan mantap Jun Hao – Jonassen

ByBernama

KUALA LUMPUR, Jan 7: Ketua jurulatih perseorangan negara Kenneth Jonassen berpendapat Leong Jun Hao memiliki asas yang kukuh untuk pergi lebih jauh meskipun pemain perseorangan lelaki tersebut tersingkir pada pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia pertama beliau hari ini.

Jurulatih dari Denmark itu berkata pemain nombor 29 dunia, Jun Hao, boleh berbangga dengan prestasinya walaupun tewas 17-21, 21-16, 13-21 kepada pemain nombor 16 dunia dari China Lu Guang Zu di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini.

“Saya rasa ini adalah Kejohanan Terbuka Malaysia pertama Jun Hao… namun, dia menguruskan emosinya dengan baik selepas tewas pada set pertama dan dia menamatkan set kedua dengan gaya yang hebat. Tetapi pada set penentuan, dia tidak memulakan dengan baik dan itu terbukti menjadi faktor penentu.

“Tetapi saya nampak asas untuk terus maju dan kematangan yang tenang dalam keseluruhan permainannya. Dia memerlukan sedikit lagi pengalaman tetapi asas yang ada sudah cukup baik dan saya sangat berpuas hati dengan perkembangan itu,” kata beliau kepada pemberita.

Jurulatih berusia 50 tahun itu juga percaya bahawa dengan lebih banyak pengalaman, Jun Hao akan dapat melaksanakan pukulan yang lebih tajam,terutama ketika berhadapan dengan detik-detik penting.

Beliau juga pantas menolak dakwaan tekanan bertanding dalam Kejohanan Terbuka Malaysia pertama menjadi faktor penyumbang kekalahan Jun Hao pada pusingan pembukaan.

Jonassen berkata pemain berusia 25 tahun itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persaingan di peringkat tertinggi kerana perlawanan pusingan pertama kadangkala lebih mendebarkan berbanding biasa.

“Saya tidak akan mengatakan bahawa tekanan adalah isu utama. Mungkin lima peratus daripadanya… jadi, dia boleh bermain dengan bebas 100 peratus, tetapi tidak ada pemain yang benar-benar bermain dengan bebas dalam perlawanan pusingan pertama… anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri,” katanya.

Jun Hao dijangka kembali beraksi pada Terbuka India 2025 di New Delhi pada 14 hingga 19 Jan ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan