Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kelancaran hari pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia terjejas selepas beberapa perlawanan tergendala akibat kebocoran atap di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini, hari ini. Foto Media sosial

Terbuka Malaysia 2025: Bumbung bocor, aksi tergendala

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Kelancaran hari pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia terjejas selepas beberapa perlawanan tergendala akibat kebocoran atap di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Berdasarkan pemantauan Bernama di venue pertandingan, hujan lebat di sekitar kawasan tersebut dipercayai menjadi punca kebocoran atap yang membasahi permukaan gelanggang dua dan tiga.

Pihak penganjur menutup sementara bahagian gelanggang yang basah itu dengan kain.

Sewaktu kejadian, gelanggang kedua sedang menyajikan aksi beregu wanita Malaysia Goh Pei Kee-Teoh Mei Xing menentang wakil China Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian manakala gelanggang tiga melibatkan pemain perseorangan lelaki India H.S. Prannoy, melawan pemain Kanada, Brian Yang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Ilyas Jamil berkata kebocoran bumbung Axiata Arena berpunca daripada aktiviti pertukaran bumbung venue berkenaan yang telah bermula sejak April tahun lepas..

Katanya keadaan cuaca yang teruk ditambah dengan angin kuat pada hari ini memburukkan keadaan dan menyebabkan air masuk ke dalam gelanggang.

“Ini kali pertama berlaku melibatkan kawasan arena (gelanggang). Kebocoran telah dikesan dan kami telah membuat pembaikan untuk memastikan tiada kebocoran berlaku pada hari-hari seterusnya.

“Kami akan menggunakan kanvas bagi menutup kebocoran tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Acara (Operasi Pertandingan) Persekutuan Badminton Dunia (BWF), S. Selvaamresh, berkata pihaknya kini sedang menilai situasi tersebut sebelum memuktamadkan sama ada akan menangguhkan beberapa perlawanan yang berlangsung hari ini.

Katanya, sebarang keputusan berkenaan perkara itu akan dimaklumkan selewat-lewatnya pukul 10 malam ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan