Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para murid Tahun 5 SK Agama Miri menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA. Foto Faisal Rambli (TVS)

SK Agama Miri azam kekalkan kecemerlangan dalam UPKK

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 7 Jan: Sekolah Kebangsaan (SK) Agama (MIS) Miri yang mencatat rekod cemerlang apabila salah seorang calonnya dinobatkan sebagai pelajar terbaik Sarawak dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun lalu, bertekad untuk meneruskan momentum kecemerlangan tersebut pada tahun ini.

Penolong Kanan Pentadbiran sekolah itu, Fauzia Etayi Kandi Hassan, berkata kecemerlangan itu mampu diulangi, memandangkan kehadiran 100 peratus direkodkan sepanjang dua hari peperiksaan berlangsung setakat ini.

“Seramai 107 murid Tahun 5 dari SK Agama Miri menduduki UPKK tahun ini. Pada 6 Januari, kehadiran adalah 100 peratus, dan hari ini, 7 Januari, juga mencatatkan 100 peratus kehadiran,” katanya ketika ditemui TVS di sekolah tersebut.

Beliau turut menjelaskan bahawa UPKK adalah peluang penting bagi murid melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah agama.

“Keputusan UPKK Tahun 5 digunakan oleh ibu bapa untuk mengisi permohonan ke sekolah ini,” tambahnya.

Sebagai rekod, murid terbaik UPKK seluruh Sarawak dan Bahagian Miri tahun lalu ialah Abang Aidh Ridhwan Abang Razali, yang memperoleh markah keseluruhan 97.75 peratus.

UPKK bagi tahun 2024 berlangsung selama empat hari, bermula 6 Januari. – TVS

Berita Berkaitan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan