Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson mengesan insiden penyalahgunaan talian hotline IPD oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan. Foto hiasan Envato

“Scammer” guna hotline IPD PD perdaya mangsa

ByBernama

PORT DICKSON, 7 Jan: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson mengesan insiden penyalahgunaan talian hotline IPD oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata siasatan awal mendapati modus operandi kegiatan tersebut ialah membuat panggilan palsu menggunakan talian hotline itu bagi tujuan memperdaya mangsa berkaitan kes kesalahan trafik dan sebagainya.

“Pihak IPD Port Dickson menegaskan bahawa talian hotline IPD (017-6001411) hanya digunakan bagi urusan rasmi dan tidak akan digunakan untuk membuat panggilan telefon kepada orang ramai meminta maklumat kewangan peribadi atau melibatkan sebarang tranksaksi kewangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata PDRM turut mengingatkan orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan kepada pihak tidak dikenali, tidak terpedaya dengan penipuan atau kes salah laku berkaitan jenayah, kes kemalangan jalan raya dan saman melalui panggilan telefon.

Maslan berkata orang ramai juga diminta berhati-hati dengan panggilan menggunakan ugutan dan sentiasa merujuk atau mengesahkan sebarang maklumat dengan pihak polis di talian rasmi yang sahih.

“Sekiranya menerima panggilan mencurigakan, sila buat laporan segera di balai polis berhampiran, hubungi talian CCID Scam Response Center di 997 untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan