Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Dis lepas ditemukan dalam keadaan selamat pada kira-kira 11.15 malam semalam. Foto fail Bernama

Remaja 17 tahun hilang sejak 29 Dis ditemukan selamat di Cheras

ByBernama

SEPANG, 7 Jan: Remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Dis lepas ditemukan dalam keadaan selamat pada kira-kira 11.15 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman dalam kenyataan hari ini, berkata remaja berkenaan Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani dijumpai di sebuah restoran di Batu 9, Cheras dan sepanjang kehilangan, remaja itu berada di rumah kawannya.

Norhizam berkata penemuan Nurul Fateha Nabila telah dimaklumkan kepada pengadu iaitu ibu saudaranya dan telah diserahkan kepada ibu bapa remaja itu dalam keadaan baik.

Pada 4 Jan lepas, media melaporkan polis sedang mengesan remaja itu susulan laporan yang dibuat oleh ibu saudaranya pada 31 Dis lepas.

Dilaporkan remaja itu menetap di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, dan tinggal bersama pengadu sejak Februari tahun lepas.

Sebelum menghilangkan diri, remaja itu telah berkurung dalam bilik di rumahnya kerana berlaku selisih faham keluarga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan