Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima sebanyak 4,699 permohonan untuk menurunkan kandungan melibatkan perjudian dalam talian dan penipuan sejak 1 Jan tahun ini.

MCMC terima 4,699 permohonan turunkan kandungan judi dalam talian, penipuan sejak 1 Jan – Fahmi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima sebanyak 4,699 permohonan untuk menurunkan kandungan melibatkan perjudian dalam talian dan penipuan sejak 1 Jan tahun ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

“Sehingga kini, sebanyak 4,699 permohonan untuk menurunkan kandungan telah diterima sejak 1 Jan dengan 72 peratus daripadanya berkaitan isu perjudian dalam talian, manakala 14 peratus melibatkan isu penipuan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 di sini, hari ini.

Fahmi berkata kerajaan juga sedang berusaha untuk mengekang ancaman penipuan yang melibatkan penyebaran video dan imej palsu atau ‘deepfake’ yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata antara langkah yang telah diambil ialah pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang telah diluluskan pada Disember tahun lalu.

“Kita akan terus berusaha menangani masalah penipuan ‘deepfake’ AI. Dari segi perundangan, beberapa perkara telah dibawa ke Parlimen, dan kerjasama dengan platform pengendali media sosial juga berjalan dengan lancar.

“Selepas ini, beberapa bengkel akan diadakan antara MCMC dan platform-platform tersebut untuk meneliti tindakan segera yang boleh diambil serta langkah-langkah jangka panjang untuk menangani masalah ini secara menyeluruh,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan