Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi Fadzil berkata Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini memberi peluang untuk memangkin usaha dalam memacu inisiatif-inisiatif serantau dan membentuk dasar bagi ruang dalam talian yang berkembang pesat. Foto Fahmi Fadzil (FB)

Malaysia terajui usaha ASEAN rangka urus tadbir digital, telekomunikasi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Malaysia mengulangi komitmen untuk bekerjasama erat dengan rakan-rakan ASEAN bukan sahaja untuk seiring dengan perkembangan teknologi global tetapi juga meletakkan rantau ini sebagai peneraju global dalam tadbir urus digital, telekomunikasi dan multimedia yang beretika, inovatif dan inklusif.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini memberi peluang untuk memangkin usaha dalam memacu inisiatif-inisiatif serantau dan membentuk dasar bagi ruang dalam talian yang berkembang pesat.

“Semangat kolaborasi ASEAN dan visi bersama menyediakan suatu asas yang kuat untuk menangani cabaran rentas sempadan dan menerusi kepimpinan kami, kami menyasarkan untuk mewujudkan rangka kerja bagi inovasi digital, keselamatan siber dan akses saksama kepada teknologi,” kata Fahmi dalam ucaptama pada Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025, di sini hari ini.

Beliau berkata dengan membangunkan peraturan yang seragam di rantau ini, Malaysia menyasarkan untuk memastikan lebih 700 juta warga ASEAN meraih faedah daripada kemajuan teknologi dan menerajui perbincangan mengenai tadbir urus telekomunikasi dan multimedia beretika, sekali gus memastikan ASEAN kekal di barisan hadapan kemajuan teknologi global.

Fahmi turut menyatakan cita-cita Malaysia untuk mengetuai dialog global tentang mengemudi peningkatan kesalinghubungan yang semakin rumit.

“Dalam landskap ekosistem dalam talian global yang pesat berubah, kita bukan lagi pemerhati pasif tetapi arkitek aktif suatu masa depan yang menjanjikan kesalinghubungan, cabaran dan peluang yang belum pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

IRC 2025 dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menghimpunkan pemimpin industri, penggubal dasar dan pakar global antaranya dari ASEAN, Australia, Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Bertemakan ‘Leaping into the Quantum Frontier: Regulation and Innovation in the Tech Era’, persidangan itu meneroka keseimbangan antara kemajuan teknologi dan peraturan dalam landskap dalam talian yang saling berhubung dan berkembang pesat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan