Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lawrence Wong selepas Mesyuarat Pemukiman Pemimpin Malaysia - Singapura di Putrajaya hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Malaysia, Singapura bincang hasrat Sarawak eksport tenaga elektrik melalui kabel dasar laut

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 7 Jan: Hasrat Sarawak untuk mengeksport tenaga elektrik menerusi kabel dasar laut ke Singapura merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat melibatkan pemimpin Malaysia dan republik berkenaan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan itu melibatkan beliau bersama rakan sejawatnya, Lawrence Wong serta disertai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kami meneliti cadangan terutamanya oleh Kerajaan Sarawak, mengenai eksport tenaga menggunakan kabel dasar laut melalui Semenanjung Malaysia ke Singapura atau sebagai alternatif langkah lain yang memerlukan pemahaman jiran-jiran kita yang lain.

Abang Johari hadiri mesyuarat delegasi Pemukiman Pemimpin Malaysia – Singapura ke-11

“Kedua-dua kerajaan turut membincangan isu wilayah melibatkan maklumat penerbangan yang mengiktiraf keperluan Malaysia dari segi ketersambungannya dengan Sabah-Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Lawrance selepas Mesyuarat Pemukiman Pemimpin Malaysia – Singapura di Kompleks Perdana Putra, di sini hari ini.

Turut menyertai mesyuarat berkenaan termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sementara itu, Lawrence menyifatkan perbincangan mengenai kerjasama dalam aspek tenaga hijau dan kemampanan termasuk perdagangan elektrik rentas sempadan antara kedua-dua negara mencapai kemajuan yang baik.

“Terdapat beberapa projek yang kami bincangkan, kedua-duanya datang melalui Laos, Thailand, Malaysia, Singapura dan juga dari Sarawak dengan kami komited sepenuhnya untuk merealisasikan grid kuasa ASEAN,” katanya.

Selepas mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin itu menyaksikan pertukaran Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), termasuk enam memorandum persefahaman (MoU), dan satu Surat Niat (LOI) mengenai pendidikan, wanita dan kebajikan sosial, perubahan iklim, penangkapan dan penyimpanan karbon, pembangunan bandar, serta usaha memerangi jenayah rentas sempadan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan