Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menerima kunjungan hormat daripada Mohd Izzat Afifi Abd Hamid di Pejabat Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak di Kuching, hari ini. Foto TVS

Majlis Belia Malaysia rancang perluas program jangkauan ke lima kawasan di Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 7 Jan: Majlis Belia Malaysia (MBM) merancang untuk memperluaskan penganjuran program jangkauan belia ke sekurang-kurangnya lima kawasan di Sarawak pada tahun 2024, bagi memperkukuh hubungan dan integrasi belia dari pelbagai latar belakang etnik.

Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abd Hamid berkata program itu bertujuan mendekati golongan belia di negeri ini sambil memupuk integrasi nasional antara belia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Tahun lalu, program ini diadakan di Daro dan Kedup. Pada tahun ini, kami berhasrat melaksanakannya di lebih banyak kawasan, termasuk kawasan pedalaman dan utara Sarawak, melibatkan sekurang-kurangnya lima lokasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena kunjungan hormat kepada Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak yang juga Presiden Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, hari ini.

Menurut Izzat, kunjungan itu bertujuan membincangkan program yang akan dilaksanakan bersama SABERKAS, termasuk penetapan lokasi dan tarikh.

“Mungkin tahun ini kita fokus kepada kawasan dengan etnik berbeza. Sebagai contoh, tahun lalu, program ini dijalankan di kawasan penempatan Melanau dan Bidayuh.

“Masih ramai belia di Semenanjung yang belum mengenali secara dekat belia pelbagai etnik di Sarawak,” jelasnya.

Izzat menambah, program jangkauan MBM bersifat komuniti dan menumpukan keakraban peserta dengan kapasiti sekitar 100 hingga 200 orang bagi setiap program. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan