Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Mohd Izzat Afifi Abd Hamid semasa kunjungan hormat di Kuching, hari ini. Foto TVS

Majlis Belia Malaysia dan SABERKAS perkukuh kerjasama demi pembangunan belia

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 7 Jan: Hubungan dan kerjasama yang baik antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) diharap diperkukuhkan demi pembangunan belia.

Presiden Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kedua-dua pihak mempamerkan kerjasama yang rapat terutamanya menerusi program-program melibatkan belia yang dilaksanakan di Sarawak.

“Kita sentiasa berhubung dengan MBM iaitu badan belia yang terbesar di Malaysia dan juga di Semenanjung Malaysia untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim dan berbincang berkenaan dengan masalah-masalah mengenai belia.

“Ia juga adalah untuk melihat bagaimana kita boleh menjalankan kerjasama dalam membangunkan belia-belia di Malaysia sama ada di Semenanjung Malaysia ataupun di Sabah dan Sarawak,” kata Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena kunjungan hormat delegasi Ahli Dewan Tertinggi MBM diketuai Presiden MBM Mohd Izzat Afifi Abd Hamid di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Karim berkata pihaknya masih dalam peringkat perbincangan untuk mengadakan program belia di Semenanjung Malaysia ataupun di negara-negara nusantara mahupun Asia Tenggara.

“Kita ada agenda-agenda kita sendiri sama ada di Sarawak dan sebelum ini, kita juga ada membuat program di Johor.

“Kita tengok dahulu keadaan dan kita juga berhubung dengan badan-badan belia di luar Malaysia, iaitu di negara-negara Nusantara dan Asia Tenggara. Kita mula dari situ dan lihat kemungkinan untuk berkembang dengan lebih besar lagi,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan