Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jeju Air Co pada Selasa merancang untuk mengurangkan 188 penerbangan antarabangsa yang berlepas dari Busan pada suku pertama tahun ini. Foto AFP

Jeju Air kurangkan 188 penerbangan dari Busan

ByBernama

SEOUL, 7 Jan: Jeju Air Co pada Selasa merancang untuk mengurangkan 188 penerbangan antarabangsa yang berlepas dari Busan pada suku pertama tahun ini.

Menurut syarikat penerbangan tambang rendah yang terpalit kontroversi selepas nahas pesawat yang meragut 179 nyawa baru-baru ini, pelan pengurangan operasi akan dimuktamadkan minggu ini.

Agensi Berita Yonhap melaporkan, susulan tragedi yang berlaku pada 29 Dis, Jeju Air mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan sebanyak 10-15 peratus menjelang Mac sebagai langkah meningkatkan keselamatan operasi.

Menurut syarikat itu, penerbangan dari Busan, bandar pelabuhan di tenggara Korea Selatan ke Clark, Filipina, dibatalkan dari 22 Jan hingga 30 Mac, melibatkan pengurangan 78 penerbangan.

Selain itu, penerbangan dari Busan ke Kaohsiung, Taiwan dibatalkan dari 3 Feb hingga 29 Mac, melibatkan pengurangan 110 penerbangan.

Pelan pengurangan keseluruhan untuk tempoh Januari-Mac, termasuk langkah mengurangkan penerbangan bagi laluan dari Incheon, pintu masuk utama negara dengan jumlah operasi tertinggi, dijangka dimuktamadkan minggu ini.

Menurut pemerhati industri, pengurangan keseluruhan dijangka mencecah kira-kira 1,900 penerbangan pada suku berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan