Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jejantas di Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Foto DBKU (FB)

Jejantas Jalan Tun Abang Haji Openg ditutup sementara

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 7 Jan: Jejantas di Jalan Tun Abang Haji Openg ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan di sekitar lokasi berkenaan.

Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di laman Facebook hari ini, tempoh penutupan tidak dimaklumkan namun notis berkaitan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

“Pejalan kaki disaran untuk menggunakan laluan alternatif termasuk Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce atau Jalan Hospital untuk ke Hospital Umum Sarawak.

“Penutupan ini adalah bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jejantas tersebut,” menurut kenyataan itu.

DBKU memohon kerjasama orang awam untuk memastikan penyelenggaraan tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar.

Orang awam boleh menghubungi DBKU di talian hotline 082-446644 atau WhatsApp DBKU di talian 016-8864466 untuk maklumat lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan