Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Indonesia akan merangka peraturan yang lebih terperinci dan komprehensif mengenai penggunaan dan pengawalan kecerdasan buatan (AI). Foto hiasan Envato

Indonesia rancang peraturan nasional terperinci mengenai AI

ByBernama

JAKARTA, 7 Jan: Kerajaan Indonesia akan merangka peraturan yang lebih terperinci dan komprehensif mengenai penggunaan dan pengawalan kecerdasan buatan (AI), lapor agensi berita ANTARA.

Dalam satu mesyuarat di pejabatnya di Jakarta pada Isnin (6 Januari), Timbalan Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Digital (Komdigi) Nezar Patria mengundang Staf Khas Presiden bagi Ekonomi Kreatif Yovie Widiyanto untuk turut serta dalam penggubalan peraturan itu.

“Kita mungkin akan merangka satu peraturan presiden atau peraturan menteri sebagai satu peruntukan yang lebih terperinci,” katanya.

Beliau turut menekankan yang peraturan yang dirancang ini akan melengkapkan surat pekeliling mengenai etika AI yang dikeluarkan oleh kerajaan pada 2023.

“Surat pekeliling itu mendapat sambutan baik daripada masyarakat. Namun, penting bagi kerajaan untuk melaksanakan peraturan yang lebih terperinci memandangkan populariti AI semakin meningkat di Indonesia,” katanya menerusi kenyataan kementerian yang dipetik pada Selasa.

Beliau menegaskan peraturan lebih terperinci diperlukan bagi membantu orang ramai menggunakan teknologi digital canggih ini dengan bertanggungjawab.

Ketua Setiausaha Komdigi Mira Tayyiba pula berkata pihaknya memilih pendekatan horizontal untuk mengawal selia penggunaan teknologi, selaras dengan Undang-Undang No. 11 Tahun 2008 mengenai maklumat dan transaksi elektronik serta Undang-Undang No. 27 tahun 2002 mengenai perlindungan data peribadi.

“Bagi perkara teknikal seperti penggunaan AI dalam sektor kesihatan dan pendidikan, kami akan menggunakan pendekatan kes penggunaan teknikal,” katanya.

Mira turut menegaskan yang sinergi dan kerjasama antara kementerian serta institusi lain adalah kunci bagi Indonesia mengawal selia penggunaan AI dengan baik.

“Memandangkan isu berkaitan AI tidak boleh diambil ringan, kami percaya bekerja secara bersendirian bukanlah pilihan yang sesuai,” tegasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan