Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain perseorangan Denmark Viktor Axelsen beraksi menentang pemain Hong Kong Lee Cheuk Yiu pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama

Cheuk Yiu sekat hajat Axelsen lakar hatrik di Terbuka Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Impian juara Olimpik Viktor Axelsen untuk melakar kejayaan hatrik di Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila tersingkir di pusingan pertama di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong hari ini.

Pemain Denmark itu yang menjuarai edisi 2022 dan 2023 mengalami kejutan terbesar dalam kejohanan berstatus Super 1000 apabila tewas straight set 17-21, 13-21 kepada Lee Cheuk Yiu dalam tempoh 38 minit.

Pilihan keempat Axelsen mengakui bahawa beliau tidak berada dalam keadaan fizikal terbaik untuk beraksi dalam kejohanan pembukaan musim di Axiata Arena Bukit Jalil.

“Saya rasa saya hanya kurang bernasib baik dengan kecederaan saya. Saya berasa sangat baik selepas kembali dari percutian. Malangnya, saya cedera semasa latihan, itu sahaja dan tiada apa lagi yang boleh saya katakan,” katanya dalam temu bual selepas perlawanan di zon campuran.

Bulan lepas, pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik itu terpaksa melepaskan peluang untuk mempertahankan gelaran Akhir Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China, akibat kecederaan kaki.

Sementara itu, Cheuk Yiu yang gembira dengan kemenangannya berkata kejayaan kedua dalam lapan perlawanan menentang Axelsen itu pasti telah meningkatkan keyakinannya dalam kejohanan Super 1000.

Pemain nombor 21 dunia itu dijadualkan bertemu sama ada Lakshya Sen dari India atau pemain Taiwan Chi Yu Jen pada pusingan kedua esok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan