Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Eksekutif Biocon Biologics Kiran Mazumdar Shaw dan delegasi syarikat berkenaan. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Biocon Biologics komited kembang perniagaan di Malaysia – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Jan; Biocon Biologics, sebuah syarikat global dengan keupayaan dalam pembangunan, pengilangan dan pengkomersialan biosimilar berkualiti tinggi, komited untuk melaksanakan pengembangan perniagaannya di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kewujudan syarikat itu di Malaysia melibatkan pelaburan berjumlah US$350 juta selain menyumbang kepada nilai eksport negara sebanyak US$560 juta.

“Dasar kerajaan yang mesra pelabur serta petunjuk-petunjuk ekonomi negara yang positif telah mendorong keyakinan pelabur-pelabur ke atas Malaysia.

“Ini diselaras dengan matlamat jangka panjang, terutamanya dalam kualiti pekerjaan dan produk negara,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman media sosial X beliau hari ini.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Eksekutif Biocon Biologics Kiran Mazumdar Shaw dan delegasi syarikat berkenaan.

“Kami telah bertukar-tukar pandangan berkaitan prakarsa (usaha) dalam memajukan keupayaan bioteknologi tempatan yang turut melibatkan kepentingan pelabur-pelabur asing dalam melaksanakan peralihan teknologi dan peningkatan program latihan kepada bakat-bakat tempatan,” kata Anwar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan