Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memaklumkan yang ia melancarkan siasatan awal terhadap kemungkinan ciri  keselamatan maklumat terjejas,  dipercayai disebabkan serangan penggodam.

Agensi Penerbangan Awam PBB siasat kemungkinan serangan penggodam

ByBernama

MOSCOW, 7 Jan: Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memaklumkan yang ia melancarkan siasatan awal terhadap kemungkinan ciri  keselamatan maklumat terjejas,  dipercayai disebabkan serangan penggodam, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“ICAO sedang menyiasat secara aktif laporan mengenai potensi insiden keselamatan maklumat melibatkan pihak yang melakukan ancaman dan menyasarkan organisasi antarabangsa. Kami memandang serius perkara ini dan segera melaksanakan langkah keselamatan sambil menjalankan siasatan menyeluruh,” menurut kenyataan ICAO yang diterbitkan pada Isnin.

Organisasi itu tidak menyebut pihak penggodam yang disyaki terbabit dalam serangan berkenaan tetapi memaklumkan yang maklumat lanjut akan dikongsi selepas siasatan awal selesai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan