Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Pemukiman Pemimpin Malaysia - Singapura ke-11 di Putrajaya hari ini. Foto, Hafeezzur Muzammir (TVS).

Abang Johari hadiri mesyuarat delegasi Pemukiman Pemimpin Malaysia – Singapura ke-11

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 7 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menghadiri Mesyuarat Pemukiman Pemimpin Malaysia – Singapura ke-11 di Kompleks Perdana Putra, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong.

Di pihak Malaysia turut hadir termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Usai mesyuarat, Abang Johari bersama delegasi yang lain dijadual menyertai sidang media bersama oleh pemimpin kerajaan itu sebelum menyaksikan pertukaran Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Selain itu, enam memorandum persefahaman (MoU), dan satu Surat Niat (LOI) turut dimeterai membabitkan pendidikan, wanita dan kebajikan sosial, perubahan iklim, penangkapan dan penyimpanan karbon, pembangunan bandar, serta usaha memerangi jenayah rentas sempadan.

Abang Johari kemudiannya menyertai makan tengah hari bersama delegasi Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura sebelum beliau mengadakan pertemuan tertutup bersama Anwar di sebelah tengah hari.

Abang Johari yang berada di ibu negara sehingga 9 Januari turut dijadualkan akan menghadiri Forum Ekonomi Malaysia pada Khamis.- TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan