Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 32 orang disahkan maut manakala 38 lagi cedera selepas gempa bumi 6.8 pada skala Richter menggegarkan Daerah Dingri di bandar Xigaze di Wilayah Autonomi Xizang pada 9.05 pagi Selasa (Waktu Beijing). Foto hiasan Envato

32 maut, 38 cedera gempa bumi landa Xizang

ByBernama

LHASA, 7 Jan: Seramai 32 orang disahkan maut manakala 38 lagi cedera selepas gempa bumi 6.8 pada skala Richter menggegarkan Daerah Dingri di bandar Xigaze di Wilayah Autonomi Xizang pada 9.05 pagi Selasa (Waktu Beijing), lapor Xinhua memetik ibu pejabat bantuan bencana wilayah.

Banyak rumah dilaporkan runtuh di Kampung Tonglai yang terletak di Perbandaran Changsuo Dingri di Xigaze, juga dikenali sebagai Shigatse.

Ketua Daerah Dingri memberitahu Xinhua bahawa gegaran itu jelas dirasai di daerah itu. Pihak berkuasa tempatan kini berusaha menghubungi beberapa perbandaran dalam daerah itu untuk menilai kesan gempa berkenaan.

Menurut laporan Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, pusat gempa bumi itu dikesan berada pada 28.5 darjah latitud utara dan 87.45 darjah longitud timur. Gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan