Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita maut manakala lapan individu cedera setelah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dengan sebuah lori di KM86 Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam, dekat sini malam tadi. Foto Media sosial

Wanita maut, lapan lagi cedera dalam nahas babitkan lori dan MPV

ByBernama

KLUANG, 6 Jan: Seorang wanita maut manakala lapan individu cedera setelah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dengan sebuah lori di KM86 Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kemalangan berlaku pada 7.15 malam apabila lori yang dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun dari arah Machap ke Ayer Hitam telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Beliau berkata akibat kejadian itu, lori terbabit telah melanggar bahagian sisi kanan Toyota Estima menyebabkan penumpang wanita yang berada di bahagian belakang MPV itu mengalami kecederaan parah di kepala dan mangsa yang berusia 39 tahun meninggal dunia di lokasi.

“Dalam kejadian ini, seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini masih mendapat rawatan di Zon Merah, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di Kluang.

“Kesemua mangsa lain yang berada di dalam Toyota Estima itu termasuk pemandu lelaki berusia 26 tahun yang mengalami kecederaan turut dirawat di hospital sama manakala pemandu lori dibawa ke Hospital Pantai Batu Pahat untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bahrin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam PBK II Shoromi Salih berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.16 malam dan sebanyak enam anggota dengan satu jentera FRT dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata setibanya di tempat kejadian, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati semua mangsa telah keluar daripada kenderaan dan anggota bertugas memberikan rawatan awal kepada mangsa kemalangan yang cedera.

“Terdapat seorang mangsa, iaitu wanita yang menaiki kenderaan Toyota Estima disahkan meninggal dunia di lokasi manakala tujuh lagi mangsa yang berada di dalam kenderaan sama mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital berhampiran.

“Pemandu lori jenis Mitsubishi yang merupakan seorang lelaki turut mengalami kecederaan. Operasi ditamatkan pukul 8.09 malam,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan