Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Penguang Manggil ketika ditemui media semasa majlis pelancaran Parti Rakyat Sarawak Bahagian Marudi pada Ahad. Foto TVS

Soal selidik pemimpin Dayak harus diisi oleh responden yang tepat

ByVanessa Enjop

MARUDI, 6 Jan: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil berkata sebarang kajian atau soal selidik mengenai kepimpinan pemimpin Dayak perlu melibatkan responden yang tepat bagi memastikan dapatan kajian adil.

Penguang yang juga Naib Presiden Kanan Parti Rakyat Sarawak (PRS) menjelaskan bahawa hasil kajian boleh terjejas oleh latar belakang dan kecenderungan responden yang berpotensi menghasilkan keputusan yang tidak seimbang.

“Saya ingin tahu, siapakah responden kajian tersebut? Apakah latar belakang dan demografi mereka? Jika responden hanya terdiri daripada kumpulan yang sehaluan dengan pendapat tertentu, sudah tentu keputusan kajian akan memihak kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis pelancaran Parti Rakyat Sarawak (PRS) bahagian Marudi di sini pada Ahad.

Penguang turut menyeru agar kritikan terhadap pemimpin dilakukan secara membina dan bukan sekadar untuk mencari perhatian.

“Setiap orang, termasuk saya, mempunyai kelemahan masing-masing. Namun, jika ada kritikan, ia haruslah membina dan disertakan dengan cadangan penyelesaian, bukannya sekadar bertujuan untuk mencipta sensasi,” tambahnya.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk menerima pandangan secara terus daripada pengkritik, berbanding tuduhan yang dibuat secara terbuka tanpa fakta yang kukuh.

“Jika anda mendakwa saya tidak menjalankan tugas dengan baik, datanglah ke kawasan saya dan sampaikan secara langsung. Jangan buat tuduhan melulu tanpa asas yang jelas,” ujarnya.

Penguang turut mengingatkan bahawa kajian terhadap pemimpin mesti dilaksanakan secara profesional, tanpa agenda tersembunyi yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap hasil kajian tersebut.

Beliau berharap usaha ini dapat memastikan integriti kajian sekali gus memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap kepimpinan pemimpin Dayak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan