Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak mahu hidupkan kembali Sukan Borneo – Abdul Karim

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 6 Jan: Sarawak bercadang untuk menganjurkan kejohanan Sukan Borneo pada tahun ini yang akan berpusat di wilayah ini, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, pihaknya ingin menghidupkan semula kejohanan tersebut yang turut akan melibatkan semua wilayah lain di Kepulauan Borneo seperti Sabah, Brunei, Kalimantan dan Labuan.

“Jadi, satu siri perbincangan telah dilaksanakan yang mana kejohanan itu tidak akan melibatkan banyak sukan kerana Sukan Borneo ini pernah diadakan pada satu ketika dahulu, tetapi ia tenggalam dan tidak diadakan lagi.

“Oleh itu, kami berniat untuk menghidupkannya semula demi kepentingan sukan di Sarawak. Kita akan bermula dengan skala yang kecil seperti penganjuran empat atau lima jenis sukan dan ia akan terus berkembang seiring dengan perubahan masa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media khas Kejohanan Piala Dunia Kriket T20 Wanita, Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) Bawah 19 Tahun di Godown Amphitheatre, Tebingan Kuching hari ini.

Hadir sama, Patron Persatuan Kriket Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Jaafar, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee.

Abdul Karim menambah, pemilihan jenis-jenis sukan yang akan dipertandingkan pada kejohanan itu nanti masih lagi dalam perancangan dan persetujuan dengan wilayah-wilayah lain di Borneo.

Sebelum ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, kejohanan Sukan Borneo yang kali terakhir diadakan pada 2009 dijangka dihidupkan semula bagi merancakkan lagi aktiviti sukan di kepulauan ini.

Katanya, cadangan untuk penganjuran kejohanan itu sudah beliau kemukakan kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan