Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat Azri Fahmi, 14, dijumpai terapung oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 7.45 pagi tadi. Foto JBPM

Remaja lelaki terjatuh ketika memancing di rumah rakit ditemukan lemas

ByBernama

KUANTAN, 6 Jan: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan terjatuh ketika memancing di rumah rakit di Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut Sabtu lepas, ditemukan lemas hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Salahuddin Isa, berkata mayat Azri Fahmi, 14, dijumpai terapung oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 7.45 pagi tadi.

“Mayat ditemukan pada jarak 900 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh, dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelajar tersebut dilaporkan terjatuh ketika memancing bersama dua rakannya di rumah rakit itu pada 4 Jan lepas.

Susulan kejadian itu, operasi SAR telah dilancarkan oleh pasukan penyelamat, termasuk menggunakan dua ekor anjing pengesan (K9) -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan