Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memegang piala bagi Kejohanan Piala Dunia Kriket T20 Wanita, Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) Bawah 19 Tahun di Godown Amphitheatre, Tebingan Kuching hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Piala Dunia Kriket T20 Wanita: Gelanggang antarabangsa di Kuching hampir siap

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 6 Jan: Gelanggang kriket bertaraf antarabangsa di Kuching bakal digunakan untuk Kejohanan Piala Dunia Kriket T20 Wanita, Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) Bawah 19 Tahun yang dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 28 Januari ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, struktur fizikal gelanggang itu hampir siap sepenuhnya dengan hanya beberapa penambahbaikan kecil yang masih perlu diselesaikan.

“Struktur fizikal pavilion kriket hampir siap sepenuhnya dan padangnya dalam keadaan yang sangat baik. Hanya beberapa sentuhan kecil yang perlu diselesaikan.

“Saya yakin ia akan siap menjelang permulaan kejohanan kerana pasukan kita sedang bekerja keras siang dan malam.

“Namun, kita perlu pastikan Permit Pekerjaan (OP) dikeluarkan kerana kita tidak boleh mula tanpa OP tersebut, memandangkan ia adalah bangunan yang besar. Saya rasa mungkin dalam 97 hingga 98 peratus siap,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media khas mengenai kejohanan tersebut di Godown Amphitheatre, Tebingan Kuching di sini, hari ini.

Hadir sama, Patron Persatuan Kriket Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Jaafar dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee.

Menurut Abdul Karim, 10 daripada 42 perlawanan akan diadakan di Kuching, menjadikan bandaraya ini sebagai salah satu venue bertaraf dunia.

“Sebenarnya semua perkara telah dipercepatkan. Pihak kami hanya menerima surat pelantikan untuk menjadi sebagai salah satu tuan rumah pada bulan Ogos selepas Sukan Malaysia (SUKMA).

“Dari masa itu sehingga kini iaitu Januari, hanya terdapat lima bulan dan tempoh ini, kita perlu membina semua kemudahan seperti bilik persalinan, bilik penyiaran, bilik mesyuarat dan sebagainya,” ujarnya.

Tambah beliau, Sarawak turut berbangga dengan penglibatan pemain muda tempatan, Nur Dania Syuhada, yang dipilih sebagai kapten pasukan kebangsaan.

Piala Dunia Kriket T20 Wanita, ICC Bawah 19 Tahun akan disertai 16 pasukan termasuk Malaysia, India, West Indies, dan Sri Lanka yang berada dalam Kumpulan A.

Antara venue lain yang digunakan untuk kejohanan ini termasuk UiTM Cricket Oval di Bangi, Bayuemas Cricket Oval di Klang, dan Dato Dr Harjit Singh Johor Cricket Academy and Oval di Johor Bahru. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan