Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk pengecaman oleh ahli keluarga mangsa. Foto Maritim Malaysia

Penemuan mayat di Tanjung Alit akhiri carilamat kru tongkang Linau 27 jatuh laut

KUCHING, 6 Jan: Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) yang memasuki hari ke lima ditamatkan susulan pengesahan mayat yang dijumpai di Tanjung Alit, Kabong petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang berkata satu penemuan mayat oleh penduduk kampung di kawasan kebun beliau telah mengakhiri penantian keluarga mangsa kru tongkang Linau 27.

Mayat Mustafpa Abdullah @ Moses Mleng, 65, ditemui terapung pada 11.50 pagi.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk pengecaman oleh ahli keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan media.

Pada Rabu lalu, anak mangsa menghubungi bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis melaporkan bapanya jatuh dari kapal tunda Danum 126, kira-kira lima batu nautika dari muara Tanjung Manis.

Gilbert berkata keluasan pencarian pada Ahad merangkumi kawasan seluas 96.16 batu nautika persegi menjadikan jumlah radius pencarian dari hari pertama sehingga hari ke lima adalah seluas 224.39 batu persegi.

Lima agensi yang terlibat sepanjang operasi CARILAMAT ini iaitu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarawak Coastguard (SCG), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Maritim Malaysia menzahirkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua agensi terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah bertungkus lumus dalam OP carilamat sepanjang lima hari,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan