Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anthony Loke bercakap dalam sidang media di Putrajaya hari ini. Foto, Amiruddin (TVS).

Pasukan petugas khas tangani keselamatan kenderaan berat ditubuhkan – Loke

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 6 Jan: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menangani isu keselamatan kenderaan berat secara menyeluruh.

Menterinya, Anthony Loke berkata, langkah itu diambil berikutan semakin kerap berlaku kemalangan melibatkan kenderaan berat kebelakangan ini yang mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak.

Menurut Loke, pasukan itu akan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan bagi merangka strategi efektif demi keselamatan pengguna jalan raya.

“MOT akan meningkatkan penguatkuasaan melalui pendekatan bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Selain itu, sistem ‘high speed weigh in motion’ (HS-WIM) akan diperluaskan untuk memantau muatan kenderaan berat secara automatik, manakala sistem kamera automated awareness safety system (AWAS) akan ditambah baik dengan mekanisme ‘point-to-point’ bagi memantau kelajuan kenderaan secara lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 MOT di sini hari ini yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha MOT, Datuk Jana Santhiran Muniayan.

Mengulas lanjut, Loke berkata MOT juga akan menilai semula undang-undang seperti Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 untuk memastikan hukuman lebih efektif terhadap kesalahan membawa muatan berlebihan.

“Selain itu, latihan kompetensi kepada pengendali kenderaan berat akan ditingkatkan melalui Industrial Code of Practice (ICOP) Safety Training.

“Pemeriksaan prosedur berkala pemeriksaan dan berkala Aspek di Teknikal: PUSPAKOM akan diperkemaskan dengan menambah elemen keselamatan kritikal seperti tayar dan sistem brek dengan langkah ini bertujuan memastikan semua kenderaan mematuhi spesifikasi keselamatan yang ditetapkan,” katanya

Loke juga memberitahu, bagi tahun ini, kementeriannya akan melaksanakan pemantauan ketat terhadap integriti pusat pemeriksaan kenderaan di lapangan bagi memastikan penguatkuasaan dan kawalan keselamatan adalah pada tahap yang terbaik.

Loke berkata, bagi anggota JPJ di lapangan pula, peranti kamera badan akan digunakan untuk meningkatkan ketelusan dan keberkesanan penguatkuasaan khususnya melibatkan kenderaan berat.

“Penggunaan kamera badan untuk anggota JPJ akan diperkenalkan untuk meningkatkan ketelusan penguatkuasaan, manakala integriti pusat pemeriksaan kenderaan akan dipantau dengan ketat,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan