Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muzium Seni Laos, muzium terbesar negara ini, dibuka secara rasmi kepada orang ramai, menandakan pencapaian penting dalam usaha pemeliharaan budaya kebangsaan yang dijangka menjadi tarikan pelancongan popular untuk pelawat tempatan dan antarabangsa. Foto Vientiane Times

Muzium Seni Laos dibuka secara rasmi untuk lonjak pelancongan, lestarikan budaya

ByBernama

VIENTIANE, 6 Jan: Muzium Seni Laos, muzium terbesar negara ini, dibuka secara rasmi kepada orang ramai, menandakan pencapaian penting dalam usaha pemeliharaan budaya kebangsaan yang dijangka menjadi tarikan pelancongan popular untuk pelawat tempatan dan antarabangsa, lapor Xinhua.

Satu majlis pembukaan gilang-gemilang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane, pada Ahad, yang turut dihadiri Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone.

Muzium ini mempamerkan pelbagai ukiran kayu tradisional Laos, menonjolkan kehalusan seni pertukangan yang menjadi teras identiti budaya negara. Ia juga menyediakan platform untuk mempamerkan kreativiti merentas generasi, sekali gus mempromosikan kelestarian, kesedaran alam sekitar, dan pemeliharaan budaya.

Muzium berkenaan dijangka membuka peluang pekerjaan tempatan, menyokong perniagaan, dan menarik pelawat dari seluruh dunia. Selain itu, ia bertujuan memberi inspirasi kepada generasi baharu seniman Laos, memupuk hubungan mendalam dengan identiti budaya dan kreativiti.

Sebagai lambang warisan seni yang kaya, muzium ini mencerminkan komitmen berterusan Laos terhadap pemeliharaan budaya.

Terletak di Daerah Xaythany di Vientiane, pembinaan muzium ini bermula pada 2021 dengan anggaran kos melebihi US$50 juta. Ia merangkumi kawasan seluas 80 hektar dan bertujuan mewujudkan sumber pelancongan berteraskan budaya, seni, dan alam semula jadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan