Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua senjata api jenis mesingan tiruan antara yang dirampas pihak polis ketika melakukan serbuan di sebuah rumah yang dijadikan tempat memproses air ketum di Lintang Bayan dekat Bayan Lepas di sini hari ini. Foto Bernama

Mesingan tiruan antara senjata ditemukan ketika serbuan ketum

ByBernama

GEORGE TOWN, 6 Jan: Dua senjata api jenis mesingan tiruan antara yang dirampas pihak polis ketika melakukan serbuan di sebuah rumah yang dijadikan tempat memproses air ketum di Lintang Bayan dekat Bayan Lepas di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Nermaljit Singh Bakhtawar Singh berkata serbuan kira-kira 9 pagi itu turut menemukan senjata tajam lain, seperti kerambit dan pedang samurai selain 600 bungkusan air ketum siap diproses di kediaman jenis teres yang didiami oleh seorang lelaki bersama isterinya.

Beliau berkata lelaki berumur 47 tahun yang juga pekerja e-hailing dan isterinya, 35, itu kemudian ditahan bagi membantu siasatan.

“Serbuan ini dilakukan hasil maklumat awam dan risikan yang mengesan kegiatan memasak air ketum oleh seorang lelaki tempatan yang dipercayai untuk diedarkan di kawasan Teluk Bahang dan George Town.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di kediaman ini telah menemukan pelbagai senjata berbahaya yang disimpan oleh suspek termasuk dua senjata automatik jenis mesingan yang didapati tiruan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nermaljit berkata berdasarkan siasatan awal, suspek mendakwa senjata terbabit adalah untuk jualan dalam talian namun, siasatan lanjut akan dijalankan berikutan ia merupakan senjata berbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan parah jika digunakan, selain menyiasat sekiranya suspek ada terlibat dengan kegiatan jenayah lain.

Beliau berkata lelaki itu turut mengaku memproses daun ketum untuk menjana ekonomi dan menggunakan kenderaan sendiri bagi membuat penghantaran kepada pembeli serta mampu memperoleh pendapatan hingga RM12,000 sebulan.

Katanya, pasangan suami isteri itu akan direman bagi membantu siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan