Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar hadir pada Majlis Peluncuran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB) di sini, hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Malaysia Pengerusi ASEAN: Semua wilayah, negeri jadi destinasi pelancongan

ByAmirah Shawel

SEPANG, 6 Jan: Kerajaan akan mempersiap peranan semua wilayah dan negeri supaya menjadi destinasi pelancongan pada tahun ini dan tahun depan susulan Kepengerusian ASEAN 2025 – 2026 oleh Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu ada negeri yang tersisih daripada menerima manfaat sektor pelancongan negara.

Justeru, beliau meminta kerjasama rentas kementerian dalam usaha meningkatkan keupayaan sektor tersebut.

“Saya minta semua kementerian berikan tumpuan supaya Malaysia dapat meningkatkan keupayaan bidang pelancongan dan pelaburan, ekonomi agar tidak ada kawasan atau negeri tidak tersisih,” katanya.

Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 sasar kemasukan 35.6 juta pelancong antarabangsa

Anwar berkata demikian pada Majlis Peluncuran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB) di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sementara itu, Anwar berkata beliau mahu MOTAC meningkatkan kemasukan pelancong asing ke dalam negara dan mengurangkan keluaran asing rakyat Malaysia.

Menurutnya, MOTAC perlu mencari inisiatif lain bagi menambah pendapatan kementerian dan tidak mengharapkan modal daripada Kementerian Kewangan.

“Bagi rakyat berbilang bangsa dengan cabaran tertentu, kita perlu faham bahawa untuk mempromosikan pelancongan, ia perlu memenuhi aspirasi negara dan tentunya satu imperatif buat ekonomi,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan