Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
abatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan berterusan yang dijangka melanda bahagian timur dan selatan Semenanjung bermula Khamis ini (9 Jan) sehingga 13 Jan depan. Foto hiasan Envato

Luruan monsun: Hujan lebat, berterusan di timur, selatan Semenanjung mulai Khamis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan berterusan yang dijangka melanda bahagian timur dan selatan Semenanjung bermula Khamis ini (9 Jan) sehingga 13 Jan depan.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr. Mohd Hisham Mohd Anip, dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keadaan tersebut berpunca daripada analisis model ramalan cuaca terkini, yang menunjukkan luruan monsun kuat dijangka memasuki kawasan negara dalam tempoh tersebut.

“Kawasan barat Semenanjung juga berisiko mengalami hujan berterusan sepanjang tempoh tersebut. Berikutan daripada luruan monsun kuat ini juga, perairan Laut China Selatan dijangka mengalami angin kencang dan laut bergelora.

“Keadaan ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan laut. Kenaikan paras air laut turut dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai,” katanya.

Beliau berkata MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan yang tinggi.

“Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui medium sebaran rasmi iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia.

“Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian hotline 1-300-22-1638,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan