Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 sasar pelancongan bernilai tinggi, lestari

ByAmirah Shawel

SEPANG, 6 Jan: Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dilaksanakan berasaskan dua tonggak utama iaitu pelancongan bernilai tinggi dan lestari.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, usaha berkenaan merupakan komitmen kementeriannya untuk menyediakan pengalaman berharga buat pelancong serta pada masa sama memelihara khazanah unik Malaysia.

Jelas beliau, tiga strategi utama telah ditetapkan oleh kementerian akan dilaksanakan untuk mencapai sasaran tersebut.

“Antaranya, meningkatkan kedatangan pelancong dengan mengubah lawatan yang singkat kepada penginapan lebih lama dengan memperkaya pengalaman pelancongan budaya dan ekopelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Malaysia Pengerusi ASEAN: Semua wilayah, negeri jadi destinasi pelancongan

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil.

Mengulas lanjut, MOTAC juga jelas King Sing akan memperkasa komuniti tempatan dan menambah baik infrastrukutur pelancongan, selain menggalakkan perbelanjaan lebih tinggi dengan mempromosikan pengalaman pelancongan khusus.

“Kempen tersebut adalah untuk membentuk legasi yang mendorong pertumbuhan, mewujudkan peluang pekerjaan dan memperkasa komuniti.

Malaysia Pengerusi ASEAN: Semua wilayah, negeri jadi destinasi pelancongan

“Kempen kami, ‘Surreal Experiences’, mengajak dunia untuk menerokai kecantikan dan kepelbagaian luar biasa Malaysia, serta menawarkan pengalaman yang melebihi jangkaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua rakyat Malaysia untuk terus berkongsi kisah, budaya dan keunikan yang dimiliki negara ini kepada masyarakat dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan