Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 sasar kemasukan 35.6 juta pelancong antarabangsa

ByAmirah Shawel

SEPANG, 6 Jan: Malaysia menyasarkan kemasukan 35.6 juta pelancong antarabangsa menerusi pelaksanaan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kempen tersebut dijangka menjana resit pelancongan sebanyak RM147.1 bilion.

Anwar menyifatkan sasaran tersebut sebagai bercita-cita tinggi namun adalah pragmatik dan realistik.

“Tentunya manfaat kejayaan pelaksanaan kempen ini akan dirasai oleh pelbagai industri termasuk pelancongan serta makanan dan minuman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB) di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sementara itu, Anwar berkata hala tuju negara bagi sektor pelancongan adalah jelas iaitu bagi mempromosikan pelancongan mampan terhadap alam sekitar dan komuniti setempat.

Mengulas lanjut, sektor pelancongan berperanan sebagai penggerak pertumbuhan ekonomi, selain menyediakan pengalaman berharga buat pelawat.

“Ini (Malaysia) bukan sebuah destinasi yang biasa tetapi destinasi yang unik dan mesra alam dengan rakyat Malaysia yang menawan,” katanya.

Bertemakan ‘Malaysia Destinasi Lestari dan Kaya Budaya’, Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 memperkenal lagu tema baru iaitu ‘Surreal Experiences’ dan Wira dan Manja, si beruang madu sebagai maskot rasmi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan