Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ditemui media selepas perasmian kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 berlangsung di Sepang, Selangor. Foto, Afiq Johari ( TVS).

Isu kekecohan warga Palestin dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini

ByAmirah Shawel

SEPANG, 6 Jan: Insiden kekecohan yang melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) baru-baru ini akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, anggota Kabinet dijangka akan diberi taklimat terkini daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Dalam beberapa mesyuarat Jemaah Menteri lalu, ada dibangkitkan aspek pemindahan ke premis baharu.

“Setakat ini belum dimaklumkan kepada Jemaah Menteri tetapi saya pasti selepas mesyuarat Rabu ini akan ada kemas kini untuk rakan media,” katanya.

ATM sahkan insiden kekecohan di Wisma Transit libatkan warga Palestin

Beliau ditemui media selepas perasmian kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

Pada Ahad, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di WTKL pada petang Sabtu yang tular di media sosial.

Insiden tersebut dikatakan berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan