Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Rauf (kini) dan Fahmi (kanan) bercakap dalam sidang media selepas hadir pada Majlis Perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka (KDM) di sini, hari ini. Foto, Amiruddin (TVS).

Inisiatif Kampung Digital Melaka penanda aras kepada rangka kerja NAS – Fahmi

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Inisiatif Kampung Digital Melaka (KDM) yang menggunakan teknologi pemetaan geospatial dan kod QR bagi mengatasi isu ketiadaan alamat rumah yang jelas disifatkan sebagai penanda aras kepada rangka kerja Sistem Alamat Nasional (NAS).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, inisiatif oleh kerajaan negeri itu turut disokong Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui kerjasama strategik.

Jelas Fahmi ia akan menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi dan infrastruktur digital yang lebih mampan di negeri itu selain memanfaatkan komuniti setempat.

“Saya percaya kerjasama yang telah terjalin ini akan terus diperkukuh dan menjadi asas kepada kejayaan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka (KDM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, inisiatif itu bukan sahaja satu pencapaian penting bagi Melaka, tetapi juga satu langkah strategik dalam merealisasikan visi negara untuk memastikan setiap kediaman di negara ini mempunyai alamat yang lengkap dan seragam.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh berkata, menerusi peruntukan RM 3.37 juta diberikan kerajaan untuk pelaksanaan inisiatif itu, pihaknya akan memanfaatkannya dengan menaik taraf sistem KDM sedia ada.

“Kita akan naik taraf KDM secara menyeluruh antaranya, penambahan modul sistem, aplikasi mudah alih, integrasi sistem dan lain-lain keperluan,” katanya.

Untuk rekod, insiatif KDM adalah yang pertama di Malaysia dengan penggunaan kod QR bertujuan memodenkan sistem alamat rumah di 623 kampung tradisional di Melaka serta meningkatkan kualiti akses data perkhidmatan rakyat.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan