Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Kreatif Tanahair Films Sdn. Bhd Adlin Aman Ramli ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Kuching hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Hidup semula karya agung P.Ramlee tanggungjawab bermakna

ByAkma Salleh

KUCHING, 6 Jan: Pengarah Kreatif Tanahair Films Sdn. Bhd, Adlin Aman Ramli memberitahu kerjasama dengan Kelab Peminat P.Ramlee Sarawak (KPPRS) untuk menghidupkan semula karya agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee merupakan suatu tanggungjawab sangat bermakna.

Menurutnya, sebagai seorang anak seni yang dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga seniman, ini adalah masa tepat untuk beliau memainkan peranan penting dalam meneruskan legasi seni yang telah dibina oleh tokoh legenda tersebut.

Bagi Adlin, ia bukan sekadar peluang tetapi juga amanah besar untuk memastikan karya agung p. Ramlee terus dikenang dan dihargai oleh generasi masa kini dan akan datang.

“Saya datang daripada anak seniman dan seniwati, iaitu arwah ayah saya A.R Tompel, ibu saya Ruminah Sidek, jadi kita sebagai penyambung legasi rasa bertanggungjawab untuk mengimbau kembali serta kita belajar dari golongan terdahulu terutama golongan yang seangkatan dengan P.Ramlee. Mereka membuktikan kewibawaan untuk menghasilkan karya yang mempunyai bahan baik dari segi mesej, pemikiran positif bahkan pembentukkan diri dan bangsa.

“Jadi saya rasa, semua itu perlu untuk kita ulas kembali dan diletakkan pada ruang pameran yang boleh ditanggapi oleh penonton yang memang ada apresiasi tinggi terhadap mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Kuching hari ini.

Selain itu, Adlin berkata, dengan adanya platform seperti podcast, ia bukan sahaja memberi peluang untuk menghidupkan semula kenangan manis tetapi juga mengangkat semula kewibawaan barisan pelakon legenda yang telah mencorakkan sejarah seni tanah air.

Inisiatif tersebut jelasnya akan memberi penghormatan kepada bakat-bakat luar biasa yang telah meninggalkan kesan mendalam dalam industri seni tanah air.

“Menerbitkan podcast legasi adalah satu tanggungjawab dan kemestian yang mana kita harus mainkan peranan sebagai media yang berkaliber untuk membawa subjek ini. Malah kita merasakan kitalah orangnya yang boleh melakukan itu,” tambahnya.

Pada masa sama, Pengarah Eksekutif Tanahair Films Sdn. Bhd, Dato Khairul Anwar Salleh berkata, penerbitan podcast legasi turut mendapat sokongan yang menggalakkan.

“Podcast legasi sembang sambung mula bersiaran pada September lepas dan kita sudah mencecah 17 episod dan jumlah tontonan hampir berjuta di Youtube. Ini merupakan satu sokongan yang amat menggalakkan kerana kami masih baharu.

“Tetapi mungkin kandungan yang kami sajikan relevan dan mendapat minat ramai kerana ia menceritakan legasi perfileman tanah air serta penggiat tanah air dan secara tidak langsung mempromosi projek filem biografi P.Ramlee,” jelas beliau.

Podcast Legasi: Sembang Sambung boleh ditonton setiap Jumaat jam 5 petang di Youtube Legasi Podcast. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan