Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan akan menilai semula dasar pendaftaran dan penggunaan kenderaan pemasangan semula (rebuild) bagi memastikan hanya yang berkualiti dibenarkan berada di atas jalan raya. Foto hiasan, Envato.

Dasar pendaftaran, penggunaan kenderaaan ‘rebuild’ dinilai semula – Loke

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 6 Jan: Kerajaan akan menilai semula dasar pendaftaran dan penggunaan kenderaan pemasangan semula (rebuild) bagi memastikan hanya yang berkualiti dibenarkan berada di atas jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berhubung perkara itu.

Jelas beliau, konsep pemasangan semula melibatkan komponen-komponen kenderaan terpakai diimport ke Malaysia dan didaftarkan sebagai kenderaan baharu di atas jalan raya.

“Kita (MOT) mahukan tindakan yang yang lebih bersepadu dan mengubah landskap kenderaan berat ini,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 MOT di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha MOT, Datuk Jana Santhiran Muniayan.

Pasukan petugas khas tangani keselamatan kenderaan berat ditubuhkan – Loke

Mengulas lanjut, Loke berkata, tindakan MOT itu juga mengambil kira aspek keselamatan komponen-komponen yang dipasang semula dengan ia dipercayai tidak selamat.

“Kadang-kadang kita tidak tahu komponen-komponen kenderaan itu kerana ia tidak mempunyai pengesahan daripada pengeluar. Pemasangannya juga menggunakan komponen-komponen yang berlainan dan tidak asli.

“Kita melihat kenderaan pemasangan semula ini merupakan salah satu penyebab kenapa ada kenderaan berat yang tidak selamat di atas jalan raya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan