Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina. Foto AFP

Bangladesh keluarkan waran tangkap terhadap bekas PM Hasina

ByBernama

DHAKA, 6 Jan: Sebuah tribunal khas di ibu negara Bangladesh, Dhaka, telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina dan 11 individu lain berkaitan insiden kehilangan paksa, lapor Xinhua.

Tribunal Jenayah Antarabangsa dua anggota, yang dipengerusikan Hakim Md Golam Mortuza Majumdar mengeluarkan waran itu pada Isnin di Dhaka.

Bekas Penasihat Pertahanan Hasina Mejar Jeneral (B) Tarique Ahmed Siddique, dan bekas Ketua Polis Bangladesh Benazir Ahmed, turut disenaraikan sebagai suspek.

Ketua Pendakwa Raya Tajul Islam memaklumkan kepada wartawan bahawa pihaknya telah memohon waran tangkap untuk keseluruhan 12 individu yang terlibat dalam kes kehilangan paksa itu.

“Antara mereka, Mejar Jeneral Ziaul Ahsan yang telah dipecat, diarahkan untuk dihadapkan ke muka pengadilan kerana beliau sedang berada dalam tahanan. Waran telah dikeluarkan terhadap 11 lagi individu,” katanya.

Menurut pendakwa raya, perbicaraan seterusnya dalam kes itu dijadualkan pada 12 Feb.

Media tempatan melaporkan bahawa Hasina melarikan diri ke India pada 5 Ogos 2024 selepas kerajaannya tumbang.

Kementerian Luar Bangladesh menghantar satu nota diplomatik kepada New Delhi bulan lepas, meminta Hasina dikembalikan ke Dhaka dari India.

Kementerian Hal Ehwal Luar India kemudian mengesahkan bahawa mereka telah menerima permintaan ekstradisi bekas Perdana Menteri Bangladesh yang digulingkan itu dari Dhaka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan