Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

2 maut, 3 hilang selepas bot nelayan terbalik di timur Jepun

ByBernama

TOKYO, 6 Jan: Dua maut manakala tiga lagi hilang selepas sebuah bot nelayan terbalik di perairan Wilayah Ibaraki, timur Jepun, awal pagi Isnin, lapor Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Bot nelayan yang membawa 20 orang itu terbalik kira-kira 2.05 pagi waktu tempatan berhampiran pelabuhan di Kashima, Wilayah Ibaraki, timur laut Tokyo, lapor Kyodo News memetik pihak berkuasa tempatan.

Seramai 15 orang berjaya diselamatkan, manakala dua lelaki berusia dalam lingkungan 50-an dan 60-an disahkan meninggal dunia, menurut laporan itu.

Pengawal Pantai Jepun percaya bot itu mungkin terbalik akibat terlalu banyak ikan yang tersangkut dalam jaring, menyebabkan ia hilang keseimbangan.

Pasukan Pengawal Pantai dan pihak berkuasa lain masih meneruskan operasi mencari mangsa yang hilang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan