Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, dijemput menjadi tetamu khas Presiden Paris Saint-Germain FC (PSG) Nasser Al-Khelaifi bagi menyaksikan sesi latihan kelab bola sepak Perancis itu di Stadium 974 di Doha, Qatar semalam. Foto JOHOR Southern Tigers (FB)

Tunku Mahkota Ismail tetamu khas Nasser Al-Khelaifi, saksi latihan PSG

ByBernama

JOHOR BAHRU, 5 Jan: Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dijemput menjadi tetamu khas Presiden Paris Saint-Germain FC (PSG) Nasser Al-Khelaifi bagi menyaksikan sesi latihan kelab bola sepak Perancis itu di Stadium 974 di Doha, Qatar semalam.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi hantaran dan beberapa keping foto yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Tunku Mahkota Ismail yang mewakili Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengadakan perbincangan di antara pengurusan tertinggi kedua-dua kelab mengenai perkongsian dalam aspek penjenamaan, infrastruktur dan pembangunan akar umbi.

Selain bertemu dengan para pemain PSG, baginda turut dijemput untuk menyaksikan perlawanan Trofi Juara-Juara antara PSG menentang AS Monaco di Doha, malam ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan