Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni ketika merasmikan sambutan Krismas 2024 dan Tahun Baharu 2025 di Wisma Persatuan Melanau Miri, di sini, pada Sabtu. Foto Faisal Rambli (TVS)

Tingkat kemudahan, akses perubatan di Sarawak diberi perhatian

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 5 Jan: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberi penekanan kepada usaha meningkatkan kemudahan dan akses perubatan di Sarawak.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kekurangan kemudahan kesihatan di beberapa kawasan masih menjadi isu penting.

“Kadang-kadang saya rasa terkejut kerana sepatutnya saya yang memberi peruntukan kepada klinik tetapi kali ini saya pergi ke Betong dan wakil rakyat di Betong pula membantu dengan memberi saya klinik untuk dipohon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Krismas 2024 dan Tahun Baharu 2025 di Wisma Persatuan Melanau Miri, di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk pembangunan klinik di Balingian sebagai usaha untuk memastikan kawasan pedalaman juga menerima kemudahan kesihatan lebih baik.

“Ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk meningkatkan prasarana kesihatan di Sarawak,” ujarnya,

Lukanisman berkata, Kerajaan Sarawak terus berusaha memastikan kemudahan kesihatan di wilayah ini dapat memenuhi keperluan rakyat.

Menurutnya, adalah penting untuk memiliki klinik moden dan mampu memberi perkhidmatan berkualiti terutamanya di kawasan luar bandar.

“Kita masih mempunyai banyak kawasan di Sarawak yang memerlukan perhatian dan kita perlu memastikan setiap kawasan mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan yang baik,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan