Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM). Foto Envato

Tiga lelaki ditahan curi kabel di Gerik

ByBernama

IPOH, 5 Jan: Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) bernilai RM3,000 di Jalan Kuala Rui, Gerik, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 31 hingga 36 tahun itu ditahan pada 4.30 petang di kawasan pentadbiran Balai Polis Bersia.

“Ketiga-tiga suspek menaiki van jenis Nissan Vanette warna putih. Pemeriksaan di dalam van tersebut menemukan beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk memotong kabel.

“Pemeriksaan lanjut turut merampas tiga gulung kabel, spanar, tangga aluminium, topi keselamatan, jaket pantulan cahaya serta van bersama anak kunci,” katanya dalam satu kenyataan.

Zulkifli berkata modus operandi ketiga-tiga suspek menggunakan pakaian dan peralatan milik syarikat kontraktor berdaftar selain menjalankan kerja-kerja pemasangan serta pembaikan kabel dengan TM.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Polis turut menjalankan siasatan lanjut berhubung penangkapan ketiga-tiga suspek tersebut sama ada wujud penglibatan mereka dalam kes lain,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan