Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan kemasukan konvoi bantuan kemanusiaan terbaru ke Semenanjung Gaza di bawah Operasi Chivalrous Knight 3, sebagai kesinambungan usaha menyokong rakyat Palestin yang hilang tempat tinggal dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Foto fail UAE Forsan English (FB)

Tiga konvoi bantuan UAE tiba di Gaza dalam operasi Chivalrous Knight 3

ByBernama

GAZA, 5 Jan: Tiga konvoi bantuan kemanusiaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) memasuki Semenanjung Gaza minggu ini melalui Pintu Sempadan Rafah di Mesir.

Agensi Berita Emiriah (WAM) melaporkan bahawa usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif UAE untuk menyokong dan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin dalam situasi semasa, sejajar dengan “Operasi Chivalrous Knight 3.”

Konvoi terdiri daripada 29 trak yang membawa lebih 364 tan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan, pakaian musim sejuk, khemah perlindungan, dan barangan keperluan lain.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan konvoi bantuan yang telah memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Mesir menerusi Operasi Chivalrous Knight 3 sebanyak 150 konvoi, melibatkan 2,319 trak yang membawa lebih 29,025 tan bantuan, menurut laporan itu.

Sejak krisis bermula, UAE telah menyediakan 46,659 tan bekalan bantuan kecemasan kepada Semenanjung Gaza. Usaha ini bertujuan meringankan keadaan sukar yang dihadapi penduduk Gaza.

Operasi Chivalrous Knight 3 memfokuskan untuk membantu semua kumpulan yang terjejas di Semenanjung Gaza, terutamanya kanak-kanak dan wanita. UAE komited untuk meningkatkan usaha bantuan dan menggalakkan kerja kemanusiaan bagi rakyat Palestin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan