Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini melawat Sarawak Service Centre di UTC Kuching bagi meninjau proses pendaftaran dan urusan berkaitan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS). Foto Nadim Bokhari (TVS)

SKAS: Pemberian menerusi baucar digital, pastikan bantuan digunakan beli keperluan asas

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Jan: Penyaluran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) menggunakan sistem baucar digital adalah untuk memastikan bantuan digunakan untuk membeli keperluan asas.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penggunaan baucar digital menerusi e-dompet SPAY Global adalah pendekatan terbaik berbanding pemberian wang tunai kepada penerima.

“Ada yang bertanya kepada saya, mengapa kita menggunakan baucar sebagai bentuk bantuan dan tidak memberikan wang tunai sahaja? Kami telah menilai beberapa pendekatan dan saya melihat bahawa jika bantuan diberikan secara tunai, ada kemungkinan wang tersebut tidak akan digunakan untuk keperluan yang sepatutnya seperti membeli beras.

“Saya teringat dengan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) lepas yang sepatutnya digunakan untuk keperluan harian tetapi ada bantuan tersebut digunakan untuk tujuan lain dan akhirnya kehidupan masih sesak dan banyak yang tidak mencukupi terutama untuk membeli barangan dapur,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Sarawak Service Centre di UTC di sini, hari ini.

SKAS: Pemberian menerusi baucar digital, pastikan bantuan digunakan beli keperluan asas

Menurutnya, dengan pendekatan baucar digital, Kerajaan Sarawak berharap dapat memastikan penerima memanfaatkan bantuan tersebut dengan lebih efektif khususnya untuk membeli barang yang benar-benar diperlukan.

“Kedua, rakyat Sarawak jika sudah pandai maka tidak perlu diajar lagi, contohnya sewaktu pandemik COVID-19, pengguna membeli barang secara dalam talian seperti membeli ikan. Ini bermakna jika sistem sudah berada di situ, bermakna ia menjadi popular.

“Sebab itu saya meminta pihak Residen, Pegawai Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Setiausaha Politik untuk datang turun padang dan membantu kerana apabila sistem sudah berada, makanya sudah tidak ada masalah lagi,” ujarnya.

Abang Johari berkata, langkah tersebut sejajar dengan usaha kerajaan memperkenalkan sistem lebih telus, mudah dipantau dan meminimumkan kemungkinan penyalahgunaan bantuan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan