Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapan negeri hingga malam ini.

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lapan negeri sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan lain yang terlibat ialah Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang; Perak serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron).

Amaran sama turut melibatkan Selangor, Johor (Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru), Sarawak (Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Limbang) dan Sabah di kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Tawau serta Sandakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan