Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Tiong King Sing menghadiri Majlis Ngabang Hari Krismas dan Sambutan Tahun Baharu 2025 di Rumah Anjat Angkah, Jalan Nibong Tada

Pemimpin masyarakat, penduduk rumah panjang perlu terus tingkat kerjasama

SIBU, 5 Jan: Pemimpin masyarakat dan penduduk rumah panjang perlu terus memupuk perpaduan serta kerjasama bagi meningkatkan taraf kehidupan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kemampuan pemimpin masyarakat menyampaikan maklumat membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) menangani pelbagai isu rakyat.

“Kerjasama anda amat penting dalam memastikan GPS dapat memenuhi keperluan rakyat.

“Jika ada kekurangan dalam komunikasi atau penyelarasan, saya amat mengalu-alukan maklum balas.

“Pusat khidmat saya sentiasa bersedia untuk membantu sedaya upaya,” katanya.

Beliau berucap ketika menghadiri Majlis Ngabang Hari Krismas dan Sambutan Tahun Baharu 2025 di Rumah Anjat Angkah, Jalan Nibong Tada hari ini.

King Sing menjelaskan, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, beliau bekerja dengan ikhlas bagi membawa perubahan positif di kawasan tersebut.

“Tugas saya adalah untuk memastikan kehidupan penduduk terus bertambah baik.

“Saya ingin mewujudkan masyarakat yang lebih berdaya maju dan mempunyai masa depan yang cerah,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan